Assalamualaikum..
juz nak berkongsi kata-kata ni..hope akan menjadi inspirasi baru di pagi hari begini..
.
.
Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan. Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.
.
.
Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.
.
.
Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.
.
.
Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.
.
.
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)
Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!
Sumber dari : untaian.webs
p/s @ sumtimes apa yang kita inginkan tak semestinya akan kita dapat..semua telah ditentukan oleh Nya..walaupun apa yang ditulis dalam entri ini bukan hasil tulisan saya, tapi banyak memberi manfaat pada saya sepanjang kehidupan saya mengejar harta dunia..Thank's kerna hasil tulisan anda telah membuka pintu hati ini untuk menerima takdir Nya..
entri yg mnginsafkan.T_T
ReplyDeletemnusia ni cuma mahu sgala keinginannya tercapai wlau dgn cara ape pun.tak pernah puas. huhu
kena sabar dengan dugaan kan
ReplyDeletezaty > betul tu zaty..sume tu hanya untuk memuaskan nafsu dunia..walau apepun kita jgn lupa pd yg SATU..
ReplyDeletesyarifahsidrus > bersabar itu separuh drpd iman..
ReplyDeleteBersetuju dengan apa yang ditulis dalam entri ni..
ReplyDeletesalam kenal dan follow juga.
Nice blog.
Rahmah Ram Ram > Thank's singgah sini..salam kenal..
ReplyDelete