Friday, June 17, 2011

CeRia di haRi JuMaaT


Salam Jumaat ^__^
untuk hari ni saya nak buat senaman mulut laaaa..ceria2 di hari yang indah begini..sapa mau ikut jom join citer kat bawah ni..

.
.
.
.
.
.

Ada seorang ketua yang baru dinaikkan pangkat dalam sebuah syarikat yang besar... Kebanyakan pekerja di bawah nya mengalami masalah kurang bermotivasi, cuai dan malas... Jadi, sebagai bos baru dia mengambil keputusan untuk mengajar pekerja-pekerja ini... sesiapa sahaja yang dia nampak paling malas akan dipecat serta merta... malang tidak berbau apabila dia ternampak seorang pekerja yang sedang menyandar di tepi dinding..

Bos > Yang berbaju biru tu.. (sambil menjerit sehingga semua pekerja tersentak dan memandang ke arah lelaki itu)

Bos > Berapa gaji awak...??? (dengan nada yang keras)

Pekerja > Dalam RM800

Bos > Nah...!!! amek RM800 ni..berambus dari sini...kalau nak malas-malas pergi tempat lain.. pekerja itu mengambil duit tersebut dan terus pergi dari situ... Bos tadi memandang ke semua pekerja, siapa malas pasti kena pecat.. merasakan pekerja-pekerja memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas... namun, sebelum masuk ke bilik nya, dia bertanya kepada salah seorang pekerja kat situ..

Bos > Mamat tadi tu kerja bahagian mana...???

Pekerja > Ohhhhhh....dia itu penghantar pizza....

SEKIAN...



p/s : so, untuk bos2 sekalian pasni kena kenal ngan pekerja2 sendiri yer..kalau saya la kena tanya camtu tingin nak cakap gaji lebeh dari apa yang saya dapat sekarang ni...huaahahaha.. ^o^.. tapi ada ke bos camtu sekarang yer...heeee ; p



No comments:

Post a Comment

http://annyoo6609.blogspot.com/