Sunday, July 31, 2011

EsoK PuaSa...

Assalamualaikum..

jap tadi dah denga pengumuman berpuasa untuk esok hari..tapi ada kelainan sedikit sebab orang yang wat pengumuman tu dah bertukar..rindu plak nak denga orang yang dulu..dari kecik sampai la besar dia je yang wat pengumuman..heeee;p dah pencen ye tak yang dulu..papa pun yang lama tetap dikenang..
setahun sudah berlalu..esok dah mula kita semua nak berpuasa kan..sekejap je dah tiba bulan ramadhan..dengan izin Nya masih lagi kita berpeluang mengerjakan ibadah puasa bersama..awal2 puasa ni selalu nye ramai yang akan pulang ke kampong untuk menyambut awal ramadhan bersama mak ayah kan..ermmmm ^__^ tapi tidak pada saya..menghabiskan masa berdua untuk bershopping sebelum tiba bulan puasa..bila dah puasa nanti tak de la nak ke mana2..semalam kami ke KL..plan nak ke Sogo..nak shopping apa yang patut..pehtu nak mengambil baju yang sudah siap ditempah..<baju raya dah siap> heeee;p 

nak tahu time kami ke Sogo semalam, punye la ramai manusia..tersalah hari la kami nak bershopping..sapa nak masuk sogo semalam hanya dibenarkan untuk orang2 yang ada sogo card je..haaaaa ^__^ yang takde tak leh masuk laaaa.. adusssshhh.. patut la ramai orang beratur panjang kat luar tu..rupa2 nye nak register sogo card..sanggup diorang.. tapi seb bek la kami ni ada bawa sogo card..hehe..kalau tidak tak berpeluang la nak memborong kat situ... bila dah dapat masuk..len plak cerita nya..terlalu ramai manusia.. Ya Allah.. siyessssss..memang ramai..sampai belaga bontot tau...sogo sale hanya untuk pemegang2 sogo card je..memang la ramai..sales giler sampai 7o%.. sapa tak nak bershopping kan.. cari itu cari ini sampai saya ni macam nak pitam..ermmmm..pasni takde la nak shopping macamni lagi..penat gilerrrr..

.
.

untuk harini kami shopping barang dapur lak..heeee;p asyik bershopping jer..esok kan nak berpuasa..perlu beli apa yang patut..
.
.
jumaat ni baru kami berpeluang untuk balik kampung menyambut ramadhan bersama ngan mak & ayah..tak sabar sangat nak balik..yeaaaaaa ^___^

so, nak amek kesempatan ni untuk mengucapkan selamat menyambut ramadhan pada semua umat islam serta sedara2 yang akan berpuasa esok hari selama sebulan..hope amalan puasa kita tahun ni akan diberkati oleh Nya..Amin...


 



Saturday, July 30, 2011

Lelaki mohon tukar nama Aleesha Farhana meninggal dunia


KUALA TERENGGANU: Mohd Ashraf Abd Aziz, 26, (gambar) yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana meninggal dunia jam 4.50 pagi tadi selepas dimasukkan ke wad ICU, Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, awal pagi semalam.

Allahyarham dilaporkan mengalami tekanan darah rendah akibat kemurungan apabila permohonannya menukar nama ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, baru-baru ini.




Monday, July 25, 2011

enTri ohhhhh enTri

Assalamualaikum..
terasa lama nye tidak mengupdate blog ni..ini kan nak update..nak online pun malas..tak tahu la apa nak jadi ngan cik puan blog ni..sudah tidak berminat untuk berblogger kah.. heeee;p nak online pesbuk malas jugak..
haaaaiiissshh ^___^ ok...stop citer ni dulu erkkk.. di sebab kan dah lama tak tulih pape kat ruangan entri blog ni..saya nak tulih sket apa yang patut..hahahuhuhehe..buleh ka camtu.. T___T

none crite yang bes atau menarik tapi nak bagitau sejak dua menjak ni saya seperti tidak ada selera untuk memilih makanan untuk dimakan..kalau dulu citer bab makan jer nak itu nak ini..mayb sebab dah nak tiba bulan posa kot..tak lalu nak makan..hukhukhuk..sekarang bila Mr Yoo tanya nak makan apa mesti kena fikir panjang..macam susah sangat nak makan..padahal perut lapa..kalau bekpes crita bekpes..makan ajer apa yang ada kat cafe opis tu..bila kat umah pun sama..kalau dah tak tahu nak makan apa..inikan pula nak masak..tak berasap la dapur kat umah tu..panjang lak bercrita..meh sini nak pendek kan..jap tadi Mr Yoo lapar..heeee;p cik puan ni tak tahu nak masak apa..so, Mr Yoo pon bagitau nak kuar cari makanan kat luar..

.
.

Mr Yoo > abg nak kuar ni..nak order pape tak..??
cik puan ann > tak nak laaa <padahal tak tahu nak makan apa>
Mr Yoo > betul ni...??? <byk kali tanya>
cik puan ann > ermmmm...tak nak laaaa...
Mr Yoo > okkkk..
.
.

cik puan ann >>>> ni tulih kat mesej > cam nak order jekkk..belikan T_T leh..kat foodcourt Precint 9 tu..tingin pulak..heeee;p

.
.

sebenar nye nak bagitahu jap tadi saya makan ini..hehehe.. ^__^


ini satay...laaaa, itu pun nak bagitau..kamu sume tahu kan kan..tapi, satay ni memang bes..sedap tauuuu..nyummm..nyummm..sapa2 nak try pegi la kat foodcourt P9 tu..sudah semesti nya ada..
ok kamu kamu sume..setakat ni dulu yer..nanti jumpa lagi.. ^_^



Wednesday, July 20, 2011

Bahagia Dulu @ Berjaya Dulu..???


Assalamualaikum & Selamat pagi sume ^___^
pagi2 begini ingin berkata2 tapi macam tak perlu berkata apa-apa..heeee ;p juz nak berkongsi pendapat ngan kamu semua...

.
.
.
.

Kalau kamu di beri pilihan untuk memilih ini..
.
.

Bahagia Dulu...??
@
Berjaya Dulu..??

= mana yang kamu pilih..??

.
.
.
.

dah pilih ...?? ermmm..& ini saya dapat dari sumber google yang menyatakan T__T.. baca kat bawah ni ekkk... ^__^


kredit google

Kejayaan akan membuat kita bahagia..tapi ada juga yang menyatakan bahawa kejayaan tidak tentu akan membuat seseorang itu bahagia..Betul ke…??? Makna nya..kalau kita tidak bersyukur dengan kejayaan kita maka kita tidak akan pernah bahagia dengan kejayaan itu..tetapi..kejayaan sudah pasti akan menentukan kebahagiaan..

p/s @ Mudah-mudahan kita semua menjadi orang yang bahagia bersama dengan kejayaan..





Tuesday, July 19, 2011

joM nyanYi ^___^





Tajuk Lirik Lagu: Pokok
Artis/Penyanyi: Meet Uncle Hussein feat Hazama

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam
Menyusur di kaki limaTerlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah, kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah, kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok

Monday, July 18, 2011

Farah Simpan Rahsia 6 Tahun




RAHSIA percintaan yang berlangsung selama enam tahun disimpan rapi penyanyi dan pengacara, Farah Diana Anuar atau Farah, 26.
Sehinggalah tahun lalu dia mula membuka mulut mengenai jejaka yang berjaya memenangi hatinya seorang usahawan, Johan Johari, 26, berasal dari Bukit Jambul, Pulau Pinang.
   
Foto
SAYU...Farah dan ibunya tidak dapat menahan perasaan hiba kerana akan berpisah selepas ini apabila mengikut suaminya menetap di Pulau Pinang.

Foto
PENYATUAN FAMILI...pasangan mempelai bersama keluarga Johan yang datang dari Pulau Mutiara.

Foto
ALA TITANIC...Farah dan Johan bergambar di depan kapal tempat mereka selamat diijab kabulkan.

Foto
TURUT RAI...bintang Akademi Fantasia (AF), Hazama turut hadir di majlis pernikahan Farah dan Johan.

Walaupun sudah mengikat tali pertunangan Disember lalu, Farah masih lagi berahsia mengenai Johan yang hanya mahu dikenali dengan panggilan ‘J’ sebelum ini.

Apabila ditanya lanjut terutama membabitkan kisah cinta mereka, bintang Akademi Fantasia 2 (AF2) itu sekadar menjawab, nantikan saja apabila mereka benar-benar bernikah nanti.

Jumaat lalu Farah akhirnya merungkai segala persoalan timbul membabitkan hubungannya dengan Johan. Hanya dengan sekali lafaz, mereka selamat dinikahkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohd Sheikh Abd Aziz dengan disaksikan kira-kira 60 anggota keluarga kedua-dua mempelai.

 nak tahu lebih lanjut sila layari http://www.hmetro.com.my/articles/Farahsimpanrahsia6tahun/Article yer... ^__^



Wednesday, July 13, 2011

di Pagi Yang Indah Ini


credit google



Masa yang lepas itu sesungguhnya telah meninggalkan kamu.. tetapi masa akan datang sentiasa melawat kamu..

Apabila kamu hitungkan apa yang sudah berlalu.. biarkanlah.. maka wajib atas kamu menghitungkan pula masa hadapan itu pelawat bagi kemajuan dan kebahagiaan..



Thursday, July 7, 2011

"Bro, Kasi kritik Blog Gua sket...bleh ??"



Halooo..
hari ni saya nak join segmen BA laaaa..cam bes jerr..sapa2 nak join leh KLIK SINI..
.
.
.

then korang leh kritik blog saya ni..mana tau ada yang tak kena ke..hehe ^__^
peace...!!!



myMetro | Tolonglah cari kepala arwah





JOHOR BAHRU: “Tolonglah, kami merayu kepada pihak berkuasa supaya mencari kepala arwah secepat mungkin, kami reda dengan apa yang berlaku tapi tidak tenang selagi belum dapat mengebumikan jasadnya,” kata ibu mangsa pembunuhan kejam Nurrahayu Qomarodin, 16, atau Ayu.
Umidah Setu, 49, berkata, mereka sekeluarga yakin kecekapan polis menjalankan siasatan, namun berharap pihak berkuasa dapat menemui kepala arwah anaknya secepat mungkin.
Katanya, sikap dan kelakuan Ayu sebagai anak tiada cacat celanya dan disifatkan sangat baik serta mendengar kata.

“Ayu sangat manja, mukanya tidak pernah masam sebaliknya hanya tersenyum manis. Jika kena marah, arwah tidak akan melawan sebaliknya lebih suka berdiam diri dan menurut perintah kami.

“Arwah juga ringan tulang kerana suka membantu orang dan kadang-kadang tolong kami menjual air minuman dengan menaiki van di kawasan berdekatan,” katanya.



Wednesday, July 6, 2011

joM MakaN Nakkkk....


Hai ^___^
saya baru selesai makan malam bersama Mr Yoo..terasa nak masak pula malam ni..tapi takde pun masak yang istimewa..hehe..juz wat sambal tumis ikan bilis wif terong bulat <yang kecik2 tu..apa ntah orang panggil>.. pehtu goreng ikan masin sket.. & goreng ayam..settle kan..menu yang ringkas tapi menyelerakan..nyummmmmmyyyy ^__^





p/s @ padahal masak malam ni untuk sahur esok pagi skali..sebab nye esok saya nak posa..hehe..hope saya dapat selesaikan posa2 yang tak berganti sebelum posa ramadhan nanti..peaceeeee...!!!




haRi keDua > habiSkan maSa ngaN akTiviti


o3.o7.2o11 <ahad>
Dah masuk hari kedua..
bangun pagi untuk bersarapan..kami ke ruang makan kat resort tu..joM makan dulu..

.
.
.

pagi2 makan nasi lemak..heee ;p

ini puding roti..saya suke sangat.. ^__^


makanan lain ada lagi...tapi bukan saya yang makan yer..ini je yang leh saya makan untuk pagi2 camni..
.
.
.

setelah selesai bersarapan kami ke swimming pool..time ni memang ramai mandi kat situ..kami tak mandi pun juz posing sana posing sini..heee ;p














selesai aktiviti di pagi hari..

.
.
.

dalam jam 12.oo pm kami check out dari resort..sebelum tu kami snap2 pic lagi kat2 situ..huahahaha.. ^__^ memang suke bergambar kami ni..hehe...








Tamat suda... ^__^