Sekiranya kita cinta kepada manusia..
Tak semestinya manusia cinta kepada kita..
Tetapi sekiranya kita cinta kepda Allah..
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya..
Sekiranya kita cinta kepada manusia..
Kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai..
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah..
Kita turut akan mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga..
Ya Allah..
Andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh Mu kepada ku..
Maka campakkanlah dalam hatik cinta kepadanya adalah kerana Mu..
Dan campakkanlah dalam hatinya..
Cinta kepadaku adalah kerana Mu..
Namun..
Andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan oleh Mu kepada ku..
Berikanlah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian..
Yang Kau berikan kepada ku..
Ya Allah..
Jika aku jatuh cinta..
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada Mu..
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai Mu..
Jika aku jatuh cinta..
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada Mu..
Jika aku rindu..
Rindukalah aku pada seseorang yang merindui Syahid di jalan Mu..
Jika aku rindu..
Jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui Syurga Mu..
Jika aku menikmati cinta kekasih Mu..
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnyabermunajat di sepertiga malam terakhir Mu..
Jika aku jatuh hati pada kekasih Mu..
Janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada Mu..
Jika kau halalkan aku merindui Mu..
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepa Mu..
semoga di copy paste masuk lam pale otak ayuraza..hehe :P
ReplyDeleteyeyeye..msuk terus kunci tau..ltk mangga skali..hihi
ReplyDelete