Monday, August 8, 2011

DueT Raya...!!!

Assalamualaikum..

baru je dengar berita kat tv tadi..ermmm ^__^ duet raya tahun ni..
Al-hamdulillah..

.
.
.


KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," katanya.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan membabitkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. - BERNAMA



Friday, August 5, 2011

yahooo..!!! Tak SabaR nak puLang Ke kaMpung



Assalamualaikum ^__^

dah masuk hari ke 5 kita berpuasa kan..orang lain sume nye sudah pulang ke kampong halaman pada awal ramadhan ritu..tapi saya baru berkesempatan pulang pada minggu ini di Perak.. yesssssssssss..!!! tapi tajuk entri ni macam tak sabar nak balik raya jer..huhu..

hati ni memang tak sabar sangat2 nak jumpa mak & ayah tercenta..dan dapat jugak jumpa ngan abang, kakak n adik2 kat kampong..sebab diorang pun balik jugak..pehtu leh berkumpul n berbuka posa bersama-sama..ermmmmm ^__^  rindu rasa nya nak berbuka posa di kampong.. Al-maklum la 1st raya tahun ni giliran beraya kat kampong Mr Yoo..memang tak sempat nak balik berbuka posa kat kampong saya..so, mengambil kesempatan minggu ini untuk balik..heeeeeeee;p

.
.
.



malam tadi dah siap berkemas barang2 apa yang patut bawak balik..ermmmm ^__^
bunyi macam nak balik raya jer..hehe..padahal nak balik sekejap je.. kebetulan nak balik sebelum raya kan..mesti kena beli pape yang patut untuk mak & ayah..pehtu lak minggu raya tu ada majlis kenduri kawen adik tersayang.. ada la beli kan barang2 sket untuk persiapan tu..semua kena listkan..nanti terlupa plak..kalau tak kena tunggu time raya nanti laaaa..heeeee;p

sebenar nye tak saba nak balik jumpa si tembam ni..muaaahhhhhhhhh ^__^ cayang rayyan embam ni..

.
.



rasa nye petang ni kami berbuka di atas jalan la kot..tapi dalam kereta laaaaa  ^___^  makanan untuk berbuka sudah dibeli..heeee;p balik umah nanti masak nasi & bekalkan untuk berbuka petang ni..

.
.


hope perjalanan kami pulang ke kampong hari ni berjalan lancar..
pandu cermat jiwa selamat...


Selamat berpuasa sume ....



Monday, August 1, 2011

BeribaDah di buLan Puasa


Assalamualaikum..

Tiada manusia di dunia ini tidak membuat kesalahan..
baik yang muda atau pun tua..
memohon keampunan pada yang Maha Kuasa dan memohon maaf pada orang yang penah disakiti..

5 kunci agar puasa kita sempurna :

.
.

1. Solat wajib 5 waktu dan menjalankan sunnah nya..
2. Menahan nafsu..
3. Beramal & banyak bersedekah
4. Tadarus Al-Quran
5. Berzikir

InsyaAllah puasa kita akan sempurna dan diterima oleh Nya..