Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Wednesday, August 17, 2011

Zakat 1 Kewajipan


Assalamualaikum..


Rukun Islam ada 5 perkara :
  1. Mengucap dua kalimah syahadah
  2. Menunaikan solat fardu lima waktu
  3. Berpuasa pada bulan Ramadan
  4. Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu

Kewajipan zakat fitrah
  1. Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya.
  2. Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.


Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5

Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.
.
.
.

sudah kah anda lakukan perkara ke 4 itu.. ???

dalam masa kita mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini jangan lupa untuk melakukan kewajipan membayar zakat fitrah.. kalau tengok senarai waktu untuk membayar zakat lebih afdal sebelum solat sunat hari raya..
tapi kalau sume orang nak bayar zakat time tu sempat ke..???
dengan ini ambil lah peluang di sepanjang bulan Ramadhan ini untuk melakukan nya..
manusia ni mudah lupa..beringat-ingat lah pada rakan2 semuslim yer..



untuk pengetahuan, Mr Yoo sudah lakukan nya untuk saya & ibu nya..cuti ujung minggu baru2 ni kan pegi shopping..berkesempatan la untuk lakukan semua ni..Al-Hamdulillah..




Thursday, August 11, 2011

Berjujuran aiR Mata..



Salam sume ^__^

sedang merehatkan diri di jap tadi rajin2 kan diri untuk membaca satu entri dari blogger ni .. kisah seorang blogger kehilangan suami nya selama 4 hari baru2 ni..macam mana la saya ni terlewat tahu lak ..heeee ;p

dan saya berkesempatan membaca kisah luahan hati Pn Salwa yang juga seorang blogger.. 
memang sedihhhhhhhhhhhhhhh sangat... meleleh air mata ni kat depan pc dok baca entri dia.. sob..sob..sob..
 tapi Al-Hamdulillah.. Allah Maha Kuasa..suami nya telah kembali ke pangkuan nya..

.
.
.


Ya Allah..kalau la kisah ini terjadi pada diri saya tak tahu camne saya nak lalui..semoga Allah S.W.T lindungi hamba mu ini..Amin..



"Segala pujian bagi Allah yang menyelamatkan aku dari apa yang Ia memberi percubaan dengan sesuatu dan Ia mengutamakan aku dari banyaknya makhluk"






Monday, August 8, 2011

DueT Raya...!!!

Assalamualaikum..

baru je dengar berita kat tv tadi..ermmm ^__^ duet raya tahun ni..
Al-hamdulillah..

.
.
.


KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," katanya.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan membabitkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. - BERNAMA



Saturday, July 30, 2011

Lelaki mohon tukar nama Aleesha Farhana meninggal dunia


KUALA TERENGGANU: Mohd Ashraf Abd Aziz, 26, (gambar) yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana meninggal dunia jam 4.50 pagi tadi selepas dimasukkan ke wad ICU, Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, awal pagi semalam.

Allahyarham dilaporkan mengalami tekanan darah rendah akibat kemurungan apabila permohonannya menukar nama ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, baru-baru ini.