Tuesday, January 18, 2011

tErcaRi2 seSuaTu

sya xsuke mcmni..bantu sya cri smpai sya jumpa..
mana die dah pegi..
jgn mengeluh..jgnnnnn..
U can do'it "ANN".. yeeeeeeaaahhhh
yesss..!!! sya buleh..sya buleh..
sape lg nk puji sya klau bkn diri sya sendiri kan..
sya perlukan kekuatan utk sume ni..
sambil berdoa n mkn kuaci.. buleh ka cmni..???
huaahahaha..
ape yang penting perlukan doa utk memberkati sume nyerrr..amin

tapi kalau tgok pic kt bwh ni nmpak cm tension jerrr..hehehe
ape leh buat kn.. sya hya manusia biasa yg x penah lari dr masalah2 dunia..



setiap yg berlaku mesti ada hikmah nyer kan..
yeaaaaa..tapi kita xperlu lari dari menyelesaikan nya sendiri kan..
hope sya dapat mencari sesuatu yg sya ilang sehingga saat ini..
sebenar nyer sya sedang mencari mood sya yg sedang ilang..jgn pk yg bukan2 yeeeee...
sya tetap sya..

Saturday, January 15, 2011

NanGes ^_^;


xtahan air mata ni mengalir di waktu ending cerita nye..
sedey tuh... (^_^)
yeye je kan.. sye je kot yg sedey..org len leh ketawa jekkk..
huhuhu..sebenar nye ptg td sye n asben g tgk movie "KHURAFAT"..
Dgr citer ade penonton yg bru 1/2 jam tgk terus kuar...
nape yerrr...??? TAKUT kah...??? SERAM kah...???

i know no...so ape lg...kiteorg pon kne try g tgk ni..adakah sye seperti mereka...???
ngeee...ngeee...ngeee...nampak cam seram jerrr...
seb bek pergi berteman...waaaaaaaaaaaaa

setelah abis menonton leh plak sye nanges...xthn sedey laaa..hero nyer mati daaaa...
tapi yg sye xpuas hati time dok tgk movie ni leh plak penonton2 ni bising2..pas2 gelak2.. tension tul..bru je nk fokus tgk citer seram...tapi leh jdi citer lawak plak...
wat rugi duet tiket je...beli tiket nk tgk citer seram tp dah jd len plak...
hampeh tul laaaa...

w'apepun..citer ni mmg seram coz byk scene yg mengejutkan..
tetiba je antu kuar..kt atas..kt bwh..sume ade..huhhh...
tahniah la buat Syamsul Yusof coz leh wat citer cmni..
lg pun ni 1st citer seram dr die kan..mmg bes..

 
 
> jom ramai2 g tgok movie ni...tapi pd sesiapa yg ade penyakit cepat terkejut xpayah la g tgok yerrr...nt len plak jdi nyerrr...

Thursday, January 13, 2011

8C diBeNci suaMi

Pagi2 cmni dah mula bermotivasi...hehe..juz suke2 tapi ia dpt dikongsi bersama kengkawan kan..saya ade terbaca sesuatu dari Dr Fadillah Kamsah. Sesuai utk tatapan si isteri2 di luar sana (^.^) 

 
C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata

C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…

C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

C8. CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu. Renungkanlah…..

Wednesday, January 12, 2011

saYa caYanG Die

Tetibe pulak wat entry mcm ni..
hehe.. (^,^).. bkn ape..
hati ini terasa kerinduan yg terlampau pada si dia..
padahal hari2 jumpa..nape yerrrr..
sbb nyer die lah pengubat segala masalah bagi ku..
Tanpa die di sisi bagaikan hilang separuh nyawa bagi ku..
Rindu rinduan pada mu cayang..
Cayang2 bucuk juge..





i luv u sayang..
kau segala nya bagi ku..
hope kehidupan kita akan lebih diberkati oleh Nya..





RahSia waNiTa yG peRLu diKetaHui



Terbaca satu artikel ni..nampak nye leh memberi sesuatu info baru  kpd kaum lelaki mahupun wanita (^_^)

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan anda selepas anda menyakiti hatinya, lebih baik anda beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum anda menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.

7. Jika anda tidak suka dengan gadis yang sukakan anda separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang anda tak akan tahu kerana bila dia dah buat keputusan dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri dari anda selepas anda tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya anda masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali anda ajak berjumpa, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat dengan anda


Thursday, January 6, 2011

reNung2 kAn Lah


Sekiranya kita cinta kepada manusia..
Tak semestinya manusia cinta kepada kita..
Tetapi sekiranya kita cinta kepda Allah..
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya..
Sekiranya kita cinta kepada manusia..
Kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai..
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah..
Kita turut akan mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga..

Ya Allah..
Andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh Mu kepada ku..
Maka campakkanlah dalam hatik cinta kepadanya adalah kerana Mu..
Dan campakkanlah dalam hatinya..
Cinta kepadaku adalah kerana Mu..

Namun..
Andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan oleh Mu kepada ku..
Berikanlah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian..
Yang Kau berikan kepada ku..

Ya Allah..
Jika aku jatuh cinta..
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada Mu..
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai Mu..

Jika aku jatuh cinta..
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada Mu..

Jika aku rindu..
Rindukalah aku pada seseorang yang merindui Syahid di jalan Mu..

Jika aku rindu..
Jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui Syurga Mu..

Jika aku menikmati cinta kekasih Mu..
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnyabermunajat di sepertiga malam terakhir Mu..

Jika aku jatuh hati pada kekasih Mu..
Janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada Mu..

Jika kau halalkan aku merindui Mu..
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepa Mu..



Tuesday, January 4, 2011

seSuatU yaNg baRu


ape yang baru nyerrrr...

*
*

tengokkkkk...sye dah pandai buat sesuatu di blog sye...
suke sgt...b4 ni xtau hape langsung tuk edit kt blog ni...
sket2 sye try...sesuatu yg menakjubkan bg sye...
ade pembaharuan...
i like it...yeaaaaahhhh...

cantik x...(^?^) ok la dr xde pape kan...
pasni nk try yg len plak...
nk tgok ape yg leh mencantik kn lg blog sye ni...
pdhal org len dah berkurun lama wat sume ni...
maklum la...sye budak bru belajar...
mne nk tau sume ni kan...

anyway...thank's pd kengkawan yg bg tunjuk ajar pd sye yg x bape nk tahu ni...
hihihi > rendah diri la pulak...
tapi mmg dah rendah kn..hohoho

harini dah masuk hari ke-4 dlm tahun 2011...
tapi sye lum berkesempatan nk berucap...
mcm penceramah pulak...

cmni laaa...
sye nk amik kesempatan ni tuk ucap

"Selamat Menyambut Tahun 2011"

tapi ape azam sye tahun ni yerrr..?????

*
*

1st > nk menimang cahaya mata (dah lama sgt menanti tp lum ade rezeki).. sob..sob..

*
*

2nd > tingin memiliki sebuah rumah sendiri.. (sempat ke ni)

*
*

lastly > hope rumahtangga sye sentiasa di Rahmati oleh Nya n kekal sehingga akhir hayat... amin

ni je ke azam nyerrrr...
cukup la kan..dari xde pape..

hope tahun ni akan lebih bermakna buat sye wif asben...




Monday, January 3, 2011

saMbil mEnyeLaM miNum aiR


cerita dah lepas tapi bru nk bgtau...
al-maklum la x bwk blik laptop kt kg...
lmbt sket entry nyerrr...

*
*

blik kg bru2 ni sempat jgk sye jln2 kt bandar Tepeng...
slalu nye if blik je msti dok umah je...
kali ini adik mengajak kuar pulak...
ikut je la...
sj g shoping2 kjp...
pastu xtau nk g mna...

seb bek mr Yo ni ade plan nk g try mkn mee udang kt Kuala Sepetang...
dgr citer best mee udang 2...

sampai je sna terus amik order...
nak itu...nak ini...

*
*

sambil 2 klik sni..klik sna..



sempat lgi berposing yerr..





*
*

xsampai 10 minit order suda sampai...
cepat betul..

ni la "Mee Udang"




mmmmm....nmpak sedap...
jom makan...



berselera nyer diorg ni mkn yerrr..

















selesai je mkn sempat lgik berposing kt depan kedai ni..
jom ramai2 dtg mkn kt kedai Mee Udang Mak Jah..
Rugi xdtg...mee udang ni mmg mabelusss..